Oleh: Tyah Helmi
TEHRAN: Iran menolak ancaman terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bersiap siaga bagi sebarang tindak balas terhadap serangan ketenteraan oleh AS di saat ketegangan yang terus memuncak kedua-dua negara itu.
Menerusi kenyataan Kementerian Luar Iran hari ini, Tehran tidak mahu lagi berunding di bawah tekanan atau ancaman ketenteraan, sambil menegaskan sebarang pencerobohan akan dibalas “dengan kekuatan penuh”.
Dalam nada tegas, Menteri Luar Abbas Araqchi berkata, dalam diplomasi tidak boleh dijalankan melalui ugutan ketenteraan dan tuntutan melampau.
Sebelum ini, ancaman AS kepada Iran berlaku susulan amaran Trump agar Iran terus berunding dengan AS atau berdepan akibat yang “jauh lebih buruk”, termasuk pengerahan aset ketenteraan AS ke rantau Teluk.
Langkah Washington itu dibuat ketika Iran berdepan protes dalaman dan peningkatan tekanan antarabangsa berhubung program nuklearnya.

Tehran menegaskan ia tidak meminta rundingan dengan AS dan sebarang perbincangan hanya boleh berlaku melalui saluran tidak langsung serta tanpa ancaman.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, turut menyatakan sokongan terhadap usaha mencegah perang mengikut undang-undang antarabangsa, sambil memberi amaran bahawa konflik baharu akan menggugat kestabilan serantau.
Baca juga:








