Israel rakus bunuh lagi 61 rakyat Palestin

GAZA: Sekurang-kurangnya 61 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara oleh tentera haram Israel di seluruh Gaza sejak awal pagi Khamis.

Menurut sumber perubatan kepada Al Jazeera, pembunuhan itu termasuk 19 orang rakyat Palestin yang sedang mencari bantuan.

Lapor Al Jazaeera, penduduk memberitahu bahawa pengeboman oleh negara haram itu semakin hebat di kawasan kejiranan timur dan selatan Bandar Gaza.

Difahamkan, tentera Israel dilaporkan sedang bersiap siaga untuk menawan sepenuhnya Bandar Gaza, meskipun menerima tekanan antarabangsa agar mempertimbangkan semula tindakan tersebut ekoran kebimbangan terhadap jumlah korban yang tinggi dan pengusiran kira-kira sejuta rakyat Palestin yang berlindung di kawasan tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, antara pemimpin yang mengkritik tindakan itu, menyifatkannya ia sebagai satu fasa baru yang berbahaya dalam konflik berterusan tersebut.

“Operasi ketenteraan yang diperluas di Bandar Gaza akan membawa akibat yang dahsyat.

“Ratusan ribu orang awam, yang sudah keletihan dan trauma, akan terpaksa melarikan diri sekali lagi, mendorong keluarga ke dalam keadaan lebih berbahaya,” katanya.

“Ini mesti dihentikan,” tegas Guterres lagi, sambil menyifatkan malapetaka di Gaza adalah akibat daripada keputusan yang mencabar nilai-nilai kemanusiaan asas.

Dalam pada itu, di Bandar Gaza, penduduk melaporkan ramai keluarga melarikan diri dari kediaman mereka, kebanyakannya menuju ke kawasan pantai berikutan serangan berat di kawasan kejiranan Shujayea, Zeitoun dan Sabra oleh tentera Israel.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat