JIM Perak berkas 17 PATI


Oleh: Haikal Tajuddin

MANJUNG: Seramai 17 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya diberkas dan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di negeri Perak di enam premis dekat sini Jumaat lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, JIM Perak memeriksa 20 orang dan menahan 17 orang daripadanya.

Pengarah Imigresen Negeri Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malek berkata mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Sembilan orang daripada jumlah tangkapan tersebut adalah perempuan dan selebihnya adalah lelaki dalam lingkungan usia 18 tahun hingga 49 tahun,” katanya pada Khamis.

Jelasnya, kesemua warga asing tersebut telah ditahan di Depot Imigresen Ipoh Perak bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang atas kemasukkan dan berada di Malaysia tanpa sebarang pas yang sah.

“Ia juga turut sejajar dengan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah berada di Malaysia selepas tempoh pas sah yang dikeluarkan dan kesalahan dibawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas.

“Oleh itu, JIM Negeri Perak berharap, masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras kebanjiran PATI dalam negara ini.

“Selain daripada PATI, JIM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi PATI termasuk pendakwaan di mahkamah,” jelasnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat