JKNJ tambah baik fasiliti parkir OKU di Hospital Sultan Ismail

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil maklum berhubung kejadian kenderaan pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) terhalang oleh kenderaan lain di tempat letak kenderaan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pada 21 Mei lalu.

Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohtar Pungut, pihak pengurusan Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru (HSIJB) telah menyiasat dan mendapati kenderaan tersebut menghalang laluan meletakkan kenderaan di TLK Awam ruang kemudahan parkir OKU yang mempunyai hanya lapan lot sahaja.

“Hari kejadian merupakan waktu rawatan dan rujukan pesakit ke Klinik Pakar Ortopedik yang rata-rata mempunyai hilang keupayaan fizikal pelbagai.

“Sejak awal pagi, semua kemudahan OKU telah dipenuhi dan diaturkan oleh anggota pengawal keselamatan bertugas di dalam petak khas yang disediakan.

“Dan pada tengahari, pengawal keselamtan ditugaskan untuk menjaga aliran trafik berikutan kerja-kerja pembaikan jalan sedang giat dilaksankann di hadapan Auditorium Sri Selasih,” jelasnya.

Mohtar turut berkata, susulan insiden tersebut, pihaknya segera melakukan penambahbaikkan seperti pengaturan serta-merta di mana memberikan tumpuan khas untuk menguruskan kemudahan TLK OKU Awam.

Justeru itu, beliau sempat mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan kemudahan parkir OKU yang disediakan dan diminta untuk melaporkan kepada agensi penguatkuasaan untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat