Bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez menghembuskan nafas akhir pada usia beliau 82 tahun.
John Fernandez merupakan antara pengasas awal parti DAP Bersama Lim Kit Siang, mendiang Devan Nair dan beberapa yang lain pada 1966.
Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rasah dari 1974 hingga 1978.
Pada 1980, mendiang keluar dari DAP selepas 14 tahun bersama parti itu dengan alasan perbezaan pendapat kepimpinan.
Menidang bagaimanapun menyertai semula DAP pada 2000 dan berkhidmat sebagia Ahli Parlimen Seremban untuk satu penggal pada 2008.
John Fernandez yang juga merupakan seorang peguam, sekali lagi meletakkan jawatan daripada parti itu pada 2013 untuk bertanding sebgai calon bebas bagi mempertahankan kerusi parlimen itu.
Namun, beliau tewas selepas memperoleh 221 undi dalam pilihan raya itu yang menyaksikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Thomas Low Yew Sin, ADUN & Pengerusi JKP MBSJ turut berduka dengan perkhabaran pemergian John Fernandez menerusi laman Facebook beliau.
Mendiang meninggalkan seorang isteri, Rose Ng dan empat orang anak.
Untuk rekod, anak lelakinya, Ivan mengesahkan kematian bapanya itu disebabkan sakit tua.
Baca juga: