Oleh: Hanim Nadia
PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan bahawa warga emas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan tambahan untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LLM).
JPJ menjelaskan bahawa tiada syarat tambahan dikenakan kepada golongan tersebut.
“Untuk makluman, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ tidak meletakkan apa-apa syarat tambahan kepada golongan warga emas bagi memperbaharui lesen memandu,” menurut kenyataan itu pada Rabu.
JPJ juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap maklumat yang diterima.
“Jabatan ini komited untuk memastikan kesejahteraan orang awam, terutama para pelanggan JPJ,” katanya.
Baca juga: