Juara Sukan Kasut Roda Dunia Terima Sumbangan PM

ATLET remaja negara, Muhammad Iftikhar Firas Farid yang mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara dunia dalam acara Roller Freestyle Park Junior di Montpellier, Perancis, baru-baru ini menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau, Chan Ming Kai.

Lebih membanggakan, Firas yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam kejohanan itu.

“Semoga kejayaan Firas menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa dan mengharumkan nama negara,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya memberikan sokongan berterusan kepada Firas, termasuk dari segi kemudahan latihan dan akses pembangunan sukan, agar bakatnya dapat digilap ke tahap lebih tinggi.

Kejayaan Firas di pentas dunia itu dicapai pada penghujung Mei lalu di Perancis, sekali gus meletakkan nama Malaysia dalam radar sukan ekstrem antarabangsa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat