Anak kepada Presiden PAS, Tan Abdul Hadi Awang iaitu Dr Muhammad Khalil berkata, keadaan bapanya sudah semakin stabil dan akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
Abdul Hadi yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dikatakan akan keluar dari pusat rawatan tersebut setelah berada di bawah pengawasan IJN sejak 1 Januari lalu untuk pemeriksaan jantung.
“Keadaan (Abdul Hadi) kini stabil dan dinasihatkan untuk tidak menerima pelawat. Insya-Allah, akan keluar dari wad dalam masa terdekat,” kata Muhammad Khalil, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu.
Turut menunjukkan rasa prihatin, terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir di IJN pada Jumaat untuk menziarahi Presiden PAS tersebut.
Namun, Anwar tidak mempunyai kesempatan untuk menziarahi Abdul Hadi kerana beliau berada dalam rawatan pada waktu itu dan hanya dapat mengetahui status terkininya melalui doktor yang merawat Abdul Hadi.
Baca juga: