Kebergantungan tenaga erat, Malaysia-Australia perkasa kerjasama LNG

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Malaysia akan sentiasa menjadi rakan yang boleh dipercayai buat Australia, ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan media pada Khamis, Perdana Menteri berkata Malaysia sentiasa komited untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk tenaga, perdagangan dan pertanian.

“Ini dipaksikan menerusi hubungan dua hala yang kukuh terjalin selama ini lantas perbincangan hari ini membolehkan kedua-dua negara meningkatkan kerjasama merangkumi perdagangan, pelaburan dan pertanian, dengan isu tenaga menjadi antara fokus utama,” katanya.

Jelas Anwar, Malaysia dan Australia berkongsi hubungan saling bergantung yang kukuh dalam sumber tenaga, termasuk bahan api dan gas asli cecair (LNG).

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Australia atas pendirian negara yang menyeru penamatan permusuhan di Gaza dan menyokong bantuan kemanusiaan serta berusaha ke arah penyelesaian berkekalan.

Pada masa sama, Anwar bersama Perdana Menteri, Australia Anthony Albanese bersama-sama menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Department of Agriculture, Forestry and Fisheries Australia pada Khamis.

Katanya, pemeteraian MoU itu bakal meningkatkan akses pasaran bagi kedua-dua negara, selain memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian termasuk perkongsian kepakaran.

Baca juga;

Anda Mungkin Berminat