Kebocoran Paip Ganggu Dewan Bedah Hospital Ampang

AMPANG: Suasana di Hospital Ampang semalam sedikit kecoh apabila berlaku insiden kebocoran paip di kawasan Dewan Bedah yang menyebabkan limpahan air menjejaskan struktur siling serta kawasan sekitarnya.

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), kejadian yang berlaku pada 27 April 2026 itu berpunca daripada paip air sejuk di koridor berhampiran dewan bedah.

“Hasil siasatan awal mendapati kebocoran berpunca daripada paip air sejuk di sepanjang koridor berhampiran kawasan dewan bedah.

“Limpahan air telah dikawal dan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan bagi mengelakkan kejadian berulang,” kata kenyataan itu.

Insiden tersebut menyebabkan beberapa pembedahan terpaksa ditangguhkan sementara, namun pihak hospital segera mengaktifkan pelan kontingensi bagi memastikan perkhidmatan kritikal terus berjalan tanpa gangguan besar.

JKNS turut memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kerja-kerja pemulihan sedang dilaksanakan dengan segera.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kerja-kerja pemulihan sedang dilaksanakan dengan segera,” tambah kenyataan itu.

Anda Mungkin Berminat