Satu unit kedai musnah ekoran hangus dijilat api di Jalan Batu Maung, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.32 malam Isnin.
Menurut kenyataan di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran terbabit melalui orang awam.
Jelasnya, seramai 18 anggota bergegas ke tempat kejadian menaiki jentera FRT, EMRS dan Water Tanker.

“Kebakaran melibatkan satu unit kedai (kelas C) dengan anggaran keluasan 20 x 15 kaki per segi musnah 90 peratus.
“Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dan operasi pemadaman tamat pada pukul 11.53 malam,” katanya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat juga turut memaklumkan bahawa tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden kebakaran terbabit.
Pada 1 April 2024, satu kejadian berlaku lebih kurang sama melibatkan sebuah kilang perkakasan (hardware) terbakar kira-kira 40 peratus dalam kejadian di Simpang Ampat, Jalan Besar, Pulau Pinang.
Dipercayai, kilang tersebut terbakar sehingga musnah hampir 40 peratus dan dilaporkan tiada sebarang mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Baca juga: