Kedutaan Malaysia Nasihat Warga Elak Kawasan Demonstrasi Di Jakarta

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini mengeluarkan nasihat keselamatan kepada warganegara Malaysia berikutan demonstrasi besar yang berlangsung di kawasan pusat bandar Jakarta.

Dalam kenyataan rasmi, kedutaan memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau perkembangan terkini laporan demonstrasi di Jakarta Pusat khususnya di Bundaran HI dan Patung Arjuna Wiwaha (Patung Kuda) yang diadakan pada 12 Jun 2026.

Demonstrasi tersebut dijangka menjejaskan aliran trafik di beberapa lokasi utama termasuk Jalan MH Thamrin, Jalan Jenderal Sudirman dan Jalan Medan Merdeka Barat.

Kedutaan menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di ibu kota Indonesia untuk merancang perjalanan dengan berhati-hati serta mengikuti pengumuman pihak berkuasa tempatan.

“Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan,” menurut kenyataan itu lagi.

Bagi mereka yang berada di Jakarta atas urusan perniagaan atau pelancongan, kedutaan menekankan kepentingan memantau perkembangan semasa melalui media tempatan dan saluran rasmi kerajaan Indonesia.

Sebarang keperluan konsular boleh dihubungi melalui talian +6281380813036, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut.

Anda Mungkin Berminat