Keputusan Program Matrikulasi Boleh Disemak Hari Ini

PETALING JAYA: Penantian calon bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 2025/2026 kini berakhir.

Bermula pukul 10:00 pagi, hari ini, keputusan boleh disemak melalui Portal Rasmi Matrikulasi KPM.

“Semakan keputusan calon ke Program Matrikulasi bagi Sesi 2025/2026 boleh dibuat bermula 10 pagi ini.

“Ia memberikan peluang kepada pelajar untuk mengetahui status permohonan mereka dengan segera,” menurut kenyataan KPM.

Bagi yang berjaya, Program Matrikulasi KPM menawarkan beberapa bidang utama termasuk Sains (Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Komputer), Kejuruteraan (Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Elektrik & Elektronik, Mekanikal), Perakaunan dan Perakaunan Profesional.

Tambahnya, bagi calon yang tidak berjaya dalam permohonan boleh mengemukakan rayuan melalui portal yang sama dengan memberi peluang kedua kepada mereka untuk menyertai program ini.

Untuk semakan keputusan atau permohonan rayuan, sila layari Portal Rasmi Matrikulasi KPM (https://www.permohonanupuonline.com/2025/05/semakan-keputusan-matrikulasi-kpm.html).

Anda Mungkin Berminat