Kerajaan kaji turunkan cukai jalan kenderaan diesel

PETALING JAYA: Kerajaan meneliti cadangan untuk menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel dalam masa terdekat sebagai usaha meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga bahan api berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka mekanisme bersesuaian bagi melaksanakan pengurangan itu, dengan mengambil kira kesan kenaikan harga diesel terhadap pengguna, khususnya sektor yang masih bergantung kepada kenderaan jenis berkenaan.

Menurut beliau, penurunan harga diesel buat masa ini sukar dilaksanakan, namun pengurangan cukai jalan dilihat sebagai langkah lebih praktikal untuk membantu pengguna.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 1.8 juta kenderaan diesel di Malaysia. Walaupun jumlah itu kecil berbanding keseluruhan kenderaan, pemiliknya tetap terkesan dengan kenaikan harga diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ Madani yang berlangsung di Pekarangan Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat