Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin Kerajaan Perpaduan tidak akan tergugat walaupun pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegasnya solidariti dalam Kerajaan Perpaduan tetap kukuh dan tidak goyah meskipun cuba digugat oleh pihak pembangkang.
“Saya yakin jika ada usul undi percaya atau undi tidak percaya sekalipun, Perikatan Nasional (PN) mempunyai jalan untuk mencari beberapa pendekatan bagi menggoyahkan kerajaan yang ada, tetapi Kerajaan Perpaduan dengan adanya 153 dokongan Ahli-Ahli Parlimen, melebihi dua pertiga kerana dua pertiga, 148 kerusi.
“Dan kita yakin solidariti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan ini akan terus kukuh dan tidak goyah walaupun apa yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dalam Perikatan Nasional,” katanya.
Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Majlis Realisasikan Rumah Mampu Milik Kluang di Taman Kluang Perdana, pada Ahad.
Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.
Baca juga:








