Demi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pemimpin serantau teknologi kecerdasan (AI), Kerajaan MADANI melancarkan Program AI Untuk Rakyat pada Selasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, teknologi AI itu merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan fahaman digital kepada rakyat.
Katanya, kemudahan yang disediakan secara percuma dalam pelbagai bahasa antaranya, Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin secara percuma dalam talian.
“Saya masih ingat tahun 1980-an, semasa mahu mempopularkan computer di seluruh negara banyak pertimbangkan tentang bahan yang mungkin kompromi tentang aklak, pornografi dan sebagainya.
“Jadi saya fikir, bagaimana hendak tarikh minat masyarakat di kampung saya bawa komputer ke masjid. Saya tanya imam nak baca surah apa dan saya klik surah Al-Baqarah, itu antara cara saya nak yakinkan masyarakat.
“Kini keadaan sudah berubah. Kebimbangan 1980-an tidak sangat merungsingkan pada tahun 2024,” katanya pada Majlis Pelancaran AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada Selasa.
Katanya, program tersebut secara tidak langsung akan dapat membantu rakyat dalam berdaya saing dengan teknologi baharu masa kini.
Tidak dinafikan, perasaan takut dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang, pemikiran berkemungkinan akan menolak perkara itu.
Namun, beliau menegaskan kemudahan teknologi AI itu bukan sahaja mampu memberikan pertumbuhan ekonomi, tetapi turut membantu untuk Pendidikan.
“Bermula hari ini mesti ada usaha perkenalkan aplikasi ini. Mesti kemuka laporan apa telah dilakukan untuk melaksanakan usaha pencerahan atau kecelikan AI.
“Dalam tempoh satu bulan dari hari ini beri laporan apa yang telah diusahakan dan berapa jumlah anak-anak kita yang telah tamat ‘kursus awal’ empat jam ini.
“Saya rasa satu kerugian besar jika tidak memanfaatkan dengan memastikan semua pelajar dan pensyarah menguasai kefahaman asas tentang AI. Kita tidak ada waktu. Saya harap universiti pastikan semua pelajar tanpa kecuali mesti ikuti program empat jam AI Untuk Rakyat,” katanya.
Sementara itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan menyasarkan dapat mencapai 1 juta penyertaan dalam tempoh tiga tahun.
“Fahaman teknologi AI merupakan salah satu usaha teknologi digital yang menjadi salah satu usaha teknologi masa hadapan,” katanya.
Untuk info, AI Untuk Rakyat dibahagikan kepada dua bahagian: ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’ dan kedua-dua bahagian boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam.
Teknologi AI Generatif berpotensi membuka kapasiti produktif bernilai AS$113.4 bilion dalam ekonomi Malaysia jika diterima pakai sepenuhnya merentas semua industri.
Baca juga:







