Khutbah Jumaat Ingatkan Perpaduan Kunci Kemerdekaan Berkekalan – PM

PETALING JAYA: Kemerdekaan yang dikecapi negara boleh terancam oleh perpecahan, kebencian dan konflik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk Khutbah Jumaat bertajuk ‘Perpaduan Kunci Kemerdekaan yang Berkekalan’ ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara 5 hari ini.

“Mesej utama khutbah itu juga menegaskan bahawa perpaduan bukan sekadar tuntutan sosial atau politik, sebaliknya adalah amanah dan ibadah yang wajib dipelihara.” katanya dalam satu kenyataan.

Khutbah berkenaan turut mengajak jemaah menanam rasa syukur atas nikmat kemerdekaan yang diperoleh hasil pengorbanan generasi terdahulu.

Selain itu, Anwar mengingatkan masyarakat agar sentiasa cakna, prihatin dan bersedia berkorban demi kepentingan bersama rakyat dan negara.

Untuk rekod, khutbah Jumaat sempena sambutan bulan kemerdekaan sering memberi penekanan terhadap nilai perpaduan dan tanggungjawab rakyat bagi memastikan Malaysia terus aman dan sejahtera di bawah gagasan Malaysia MADANI.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat