KKM tingkatkan kesedaran penjagaan kesihatan di Program MADANI Rakyat

Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad memberi tumpuan kepada aspek kesihatan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM dalam satu kenyataan memberitahu, pelaksanaan aktiviti melalui pengisian dan aktiviti seperti advokasi dan pameran keselamatan makanan, pameran makmal keselamatan dan kualiti makanan, promosi dan khidmat nasihat Program Latihan di Insititut Latihan KKM (ILKKM).

“Terdapat juga pameran Kenali Ubat Anda, promosi aplikasi Farmachecker dan contoh ubat tidak berdaftar dan pameran Kurangkan Gula,” katanya kenyataan KKM menerusi Facebook.

Selain itu, KKM terus menyediakan fasiliti menyediakan perkhidmatan klinik saringan kesihatan iaitu Saringan Kesihatan PeKa B40 dan Kempen Kepentingan Penjagaan Kesihatan, Klinik Pergigian Bergerak dan Wellness on Wheels (WoW).

Selain kesihatan, Program MADANI Rakyat turut memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, program TVET dan pelbagai aktiviti lain.

Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat