Oleh: Tyah Helmi
JOHOR BAHRU: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh pimpinan dan ahli Pakatan Harapan (PH) memperhebat perjuangan demi membina masa depan negara yang lebih baik.
Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook pada Ahad, Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang berlangsung itu bukan sekadar himpunan politik semata-mata, sebaliknya membawa tekad besar untuk memastikan agenda perjuangan rakyat terus diperkasakan.
“Selagi semangat perjuangan masih menyala dalam hati kita, selagi itu kita tidak akan mengalah,” katanya.
Mat Sabu turut menggesa seluruh ahli dan pimpinan PH supaya merapatkan saf serta bergerak seiring dengan keberanian, keikhlasan dan keyakinan demi memperjuangkan nasib rakyat.
Tegas beliau, perjuangan yang dibawa bukan berteraskan kepentingan individu, sebaliknya demi rakyat, masa depan generasi akan datang serta usaha membina Malaysia yang lebih adil, makmur dan bermaruah.
“Terus mara, terus berjuang demi rakyat, demi negara dan demi Harapan,” ujarnya.
Baca juga:








