KPN fokus 3 Dasar Perpaduan Negara demi kelestarian kepelbagaian kaum di Malaysia

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di Malaysia dapat terlaksana.

Bagi merealisasikan agenda tersebut, Dasar Perpaduan Negara (DPN) diwujudkan iaitu dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat, menerusi konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Langkah terbabit secara tidak langsung akan membantu untuk melestarikan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, DPN menggariskan tiga objektif utama bagi mengukuhkan lagi hubungan pelbagai kaum.

“DPN meliputi mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab.

“Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan,” katanya dalam jawapan lisan ketika ditanya oleh Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Dalam pada itu KPN turut menghasilkan Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI yang meliputi tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

“Bagi menyepadukan pelaksanaan program-program perpaduan, kenegaraan, pembangunan komuniti, kesukarelawan dan warisan budaya,” katanya.

Pada 2023, KPN bersama agensi-agensi di bawahnya telah berjaya melaksanakan sebanyak 661 program meliputi tiga kluster tersebut menerusi inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif, Meremajakan Skim Rondaan Sukarela, Mengangkasa Mediator Komuniti, Penghayatan Rukun Negara, Membangunkan Malaysia sebagai Hub Sukarelawan dan Meningkatkan kehormonian antara penganut agama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat