KSN: Pertukaran penjawat awam di kaunter tidak ganggu perkhidmatan

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan sebarang pertukaran penjawat awam yang bertugas di kaunter sejak Januari lalu dilakukan secara berperingkat.

Katanya, ia bagi memastikan perkhidmatan kerajaan tidak terganggu.

“Baru-baru ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan sudah mengeluarkan kenyataan, ramai yang telah ditukarkan.

“Namun pertukaran ini akan melihat kepada kesesuaian sebab kita tidak mahu sebarang gangguan selepas ditukar. Jadi dia akan buat secara berperingkat, berfasa tetapi yang pastinya kita akan buat,” katanya, memetik Berita RTM pada Ahad.

Sebelum ini, Wan Ahmad Dahlan menyatakan perpindahan petugas kaunter yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun dilakukan secara berperingkat.

Perkara itu bagi memastikan pelaksanaan perubahan tersebut tidak mengganggu kelancaran urusan perkhidmatan kerajaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat