Lawatan rasmi ke Turkiye buka lembaran baharu hubungan diplomatik dua negara

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasminya ke Republik Turkiye sebagai satu langkah penting yang membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Menurut Anwar, lawatan yang diadakan atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdogan itu turut menyaksikan penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) yang mencerminkan tahap kepercayaan dan persahabatan luar biasa antara Malaysia dan Turkiye.

“Penubuhan majlis ini merupakan satu tanda aras baharu dalam hubungan diplomatik kita.

“Ia mencerminkan kepercayaan tinggi antara kedua-dua negara serta komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang,” katanya di laman Facebook rasminya pada lewat Jumaat.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa lawatan itu memperkukuh komitmen bersama dalam memperjuangkan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, khususnya berhubung krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza.

“Turkiye dan Malaysia berkongsi pendirian tegas dalam isu kezaliman dan penindasan.

“Lawatan ini menjadi platform untuk menegaskan solidariti bersama terhadap rakyat Palestin,” ujar beliau.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat