KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.
Calon BN, Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, apabila mencatat kemenangan bergaya dengan memperoleh 19,852 undi, sekali gus meraih majoriti besar sebanyak 14,214 undi.
Pesaing terdekatnya, Datuk Saddi Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, meraih 5,638 undi, manakala calon Bebas, Goldam Hamid memperoleh 946 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini, sebentar tadi.
Dalam pengumuman sama, BN turut mengesahkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kinabatangan menerusi calonnya, Mohd Ismail Ayob.
Ismail Ayob menang dengan majoriti 5,681 undi berdepan saingan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek, memperoleh 7,269 undi, manakala Mazliwati meraih 1,588 undi.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag apabila calonnya, Mohd Ismail Ayob, menang dengan majoriti 5,681 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.
Mohd Ismail, atau lebih dikenali sebagai Miha, sebelum ini pernah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu dan muncul sebagai pencabar terkuat kepada penyandang ketika itu.
Pada PRN berkenaan, beliau memperoleh 3,755 undi, hanya tewas tipis kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meraih 3,908 undi, dengan majoriti 153 undi.
PRK DUN Lamag diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kinabatangan susulan kematian Allahyarham Bung Moktar pada 5 Disember lalu.
Baca juga:








