Lelaki ditahan bersama lebih 2kg ganja dan RM20,000 tunai

Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun telah ditahan kerana disyaki memiliki dadah ganja seberat 2,004 gram (g) di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor pada 12 Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, suspek juga didapati memandu ke kawasan Sepang, Selangor dan rampasan disyaki dadah ganja anggaran berat 770g.

“Suspek telah dituduh di bawah Seksyen 39B ADB pada 17 Mei 2024 (Jumaat) di Mahkamah Petaling Jaya.

“Susulan daripada tangkapan tersebut pada 5 Jun 2024, pihak polis IPD Petaling Jaya telah membuat sitaan lanjutan ke atas rampasan wang tunai RM20,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, pihak keluarga telah dimaklumkan awal berkenaan dengan rampasan wang tersebut bagi tujuan pemulangan dan siasatan sumber hasil wang yang dirampas.

Justeru itu, kes wang rampasan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 di samping, siasatan lanjut berkenaan harta suspek masih diteruskan.

Terdahulu, terdapat satu kes sama berkenaan seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki memiliki dadah ketika polis sedang membuat rondaan di Jalan Batu Belah, Klang pada 15 Mei 2024.

Walaubagaimanapun, suspek berjaya ditahan polis dan didapati memiliki dua bungkus daum ketum dengan anggaran 0.609 kg, 14 botol 100ml ubat batuk jenama dynadryl syrup, 23 pil nitrazepam dan 23 pil kuda dengan anggaran berat 0.6g.

Susulan itu, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat