Jenayah

Seorang lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki miliki dadah ketika anggota polis sedang membuat rondaan di Jalan Batu Belah, Klang pada Rabu.

Menurut kenyataan, semasa pasukan polis sedang menjalankan pemeriksaan, seorang individu lelaki yang menaiki motosikal bertindak mencurigakan dan melarikan diri.

Suspek walaubagaimanapun berjaya ditahan di hadapan sebuah pusat servis kereta di Jalan Kapar, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao berkata, hasil pemeriksaan mendapati, suspek memiliki dua bungkus daun ketum, 14 botol ubat batuk dan enam biji pil kuda.

“Suspek didapati memiliki dua bungkus daum ketum dengan anggaran 0.609 kg, 14 botol 100ml ubat batuk jenama dynadryl syrup, 23 pil nitrazepam dan 23 pil kuda dengan anggaran berat 0.6g.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil ke mana-mana balai berhampiran untuk membantu siasatan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close