Lelaki warga Algeria maut terjun di KLIA2

SEPANG: Seorang lelaki warga asing dilaporkan maut selepas terjun dari kawasan luar balkoni Aras 3 Terminal KLIA2 dalam kejadian yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Ravy Munusamy memaklumkan kejadian berlaku pada 1 Mei kira-kira jam 9.10 malam, apabila saksi awam melihat lelaki berkenaan bertindak membuka beg sandang sebelum melompat pagar penghadang.

“Saksi awam melihat mangsa membuka beg sandang dan kemudian berlari serta melompat pagar penghadang sebelum terjun dari lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi segera memberikan rawatan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

“Mangsa telah diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pada 2 Mei 2026 jam lebih kurang 2.55 pagi, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia.

“Hasil semakan mendapati mangsa merupakan warga Algeria berusia 30 tahun, dan siasatan masih diteruskan di bawah kes kematian mengejut (SDR),” menurut kenyataan itu.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat