Lima Sekeluarga Ditemui Maut Disyaki Dibunuh

KUANTAN: Penduduk di Taman Cherating Damai digemparkan dengan tragedi ngeri apabila lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai 2, pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7 pagi.

Mangsa terdiri daripada dua wanita, dua kanak-kanak dan seorang lelaki.

Penemuan itu dilaporkan oleh seorang ahli keluarga sebelum pihak polis bergegas ke lokasi.

Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menjalankan pemeriksaan rapi di rumah berkenaan.

Setakat ini, mayat mangsa masih berada di dalam rumah sementara kawasan kejadian dipasang garisan polis bagi mengawal orang ramai.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, turut hadir di lokasi dan dijangka mengadakan sidang media bagi memberikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Anda Mungkin Berminat