LTAT umum dividen 5 peratus

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan dividen bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 5 peratus iaitu bersamaan dengan RM485.08 juta berbanding RM476.45 juta pada tahun sebelumnya.

Jumlah tersebut secara tidak langsung menjadikan tahun kedua LTAT mengumumkan dividen dengan jumlah yang sama berturut-turut.

Merealisasikan visi baharunya untuk menjadi Kumpulan Wang Simpanan Yang Mampan menjadi pelan hala tuju strategik ke arah menerusi pelbagai inisiatif termasuk integrasi penuh amalan Future-of-Work, penerapan piawaian pelaburan yang mampan, meningkatkan cairan aset, meningkatkan indeks perkhidmatan pelanggan dan pelbagai lagi.

Selain itu, LTAT juga telah melancarkan Pelan Pencegahan Rasuah yang merupakan sebahagian daripada usaha yang berterusan meningkatkan budaya integriti, tadbir urus yang kukuh dan amalan beretika.

Bagi tahun yang disemak, LTAT telah mencatatkan prestasi tahun ke tahun yang lebih baik bagi indikator kewangan utama.

Oleh itu, jumlah pendapatan sebanyak RM738.12 juta, meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya, diraih kebanyakkannya melalui pelaburan ekuiti awam dan ekuiti swasta yang diwakili oleh pendapatan tunai.

LTAT juga mencatatkan sebanyak RM756.81 juta dalam pendapatan tertahan (pasca dividen) bagi tahun dalam semakan, menandakan peningkatan yang ketara sebanyak 52 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Justeru itu, dividen 2023 akan diagihkan kepada 123,380 pencarum pada Khamis serta para pencarum boleh menyemak akaun mereka melalui aplikasi mudah alih MyWIRA atau melayari lama web rasmi LTAT di www.ltat.gov.my.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat