Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Sambutan Aidiladha tahun ini terserlah dengan himpunan komuniti di masjid-masjid terpilih bersama jenama makanan segera untuk menyemai semangat dan berkongsi rezeki.
Syarikat MAGGI® Malaysia berkata inisiatif itu dibuat di beberapa lokasi terpilih di Pantai Timur, Pantai Utara dan Wilayah Persekutuan termasuk masjid komuniti serta Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan dalam mengiringi tradisi korban.
“Menerusi inisiatif ini, Kiub Pati Lembu MAGGI® yang baharu diagihkan kepada lebih daripada 15,000 keluarga bersama daging korban sebagai cara berkongsi semangat rezeki dan kebersamaan Aidiladha bersama masyarakat Malaysia.
Difahamkan, Inisiatif “Penyambung Rasa Aidiladha” itu berlangsung antara 28 hingga 30 Mei 2026 di beberapa lokasi terpilih, termasuk Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah, Masjid Felda Bukit Bading di Terengganu, Masjid Mahmoodiah di Putrajaya dan Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan.
Sebanyak 10,000 pek pensampelan telah diagihkan kepada komuniti setempat.
“Diinspirasikan untuk hidangan Sup Daging yang dinikmati dalam pelbagai cara mengikut tradisi dan cita rasa komuniti berbeza di seluruh Malaysia, MAGGI® bekerjasama dengan tukang masak komuniti dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan dalam aktiviti gotong-royong menyediakan sajian tersebut untuk diagihkan kepada penduduk setempat sempena Aidiladha,” ujarnya.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh, tampil menyifatkan bahawa Aidiladha sentiasa membawa makna yang cukup istimewa buat rakyat Malaysia.
Selain itu katanya, semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki yang seringkali diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia juga amat sinonim dengan tradisi memasak dan menikmati hidangan daging bersama keluarga dan komuniti.








