Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 telah diadakan di Wisma Putra, Putrajaya pada Rabu selaras dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025
Dipengerusikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, mesyuarat tersebut bertujuan memastikan persiapan untuk Malaysia menjadi tuan rumah bagi ASEAN pada tahun depan.
Memetik kenyataan Mohamad Hasan di Facebook, tiga kluster utama diwujudkan iaitu politik, pertahanan dan kewarganegaraan di bawah Kementerian Luar; ekonomi serta perdagangan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri manakala budaya dan sosial di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, menjadi fokus dalam mesyuarat tersebut.
“Saya berharap semua pihak terlibat dapat mengembleng tenaga bersama bagi memastikan kepengerusian Malaysia pada tahun depan.
“Ini bagi memperkukuhkan negara untuk mencapai kecemerlangan sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.
Pada Majlis yang sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementerian Hubungan Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga akan bekerjasama membangunkan portal ASEAN 2025 bagi memastikan penjenamaan, naratif, dan penyebaran maklumat yang bersepadu untuk kesemua 3 tunggak ASEAN pada tahun 2025.
“Kerjasama erat semua kementerian akan memastikan kelancaran Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025,” katanya.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Untuk rekod, Malaysia telah menjadi Pengerusi ASEAN kali terakhir pada 10 tahun lalu iaitu pada 2015.
Baca juga: