Malaysia, Qatar Kukuh Hubungan Strategik Pelbagai Bidang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, bagi memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin erat sejak lebih lima dekad lalu.

Menurut satu hantaran di Facebook Anwar, kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan memperluas kerjasama dalam bidang strategik seperti pelaburan, perdagangan, pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan serta pendidikan.

“Kami juga sepakat untuk meneroka peluang-peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara,” kata Anwar sambil menegaskan komitmen Malaysia terhadap hubungan erat ini.

Tambahnya, antara agenda utama yang dibincangkan adalah usaha mempercepat pemuktamadan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang masih belum dimuktamadkan, ia menandakan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi.

Untuk info, pada tahun 2024, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan Qatarbmeningkat sebanyak 49 peratus kepada AS$1.38 bilion.

Anda Mungkin Berminat