Man City benam Luton dengan 5 gol

Juara bertahan Manchester City mengukuhkan cengkaman apabila berjaya melonjak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Luton Town 5-1 di Stadium Etihad, Manchester, United Kingdom pada Sabtu.

Pada separuh masa pertama perlawanan, Manchester City hadir mempamerkan gaya permainan bergaya dengan memberikan asakan ke atas anak buah Rob Edwards menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan, Daiki Hashioka pada minit kedua permainan itu.

Tanpa membuang waktu, The Citizens menambah empat gol lagi menerusi Mateo Kovačić pada minit ke-64, Jérémy Doku (minit ke-87), Joško Gvardiol (minit ke-93) dan tendakan penalti yang disempurnakan oleh Erling Haaland pada minit ke-76.

Sementara itu, bekas bintang England, Ross Barkley membawa sedikit khabar gembira dengan jaringan gol minit ke-81 sekali gus menjadikan kedudukan 1-5.

Kedudukan selesa itu berjaya menyaksikan Manchester City mengakhiri perlawanan dengan bergaya pada kedudukan teratas manakala Luton kekal di tiga terbawah EPL.

Difahamkan, kuad kendalian Pep Guardiola kini mengumpul 73 mata dengan kempen hanya berbaki enam perlawanan, dua mata di depan Arsenal dan Liverpool yang akan melengkapkan aksi pada Ahad malam.

Penyandang juara Manchester City perlu bersiap untuk aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid pada awal pagi Khamis waktu tempatan sebelum menentang Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley, pada awal pagi Ahad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat