Mangsa banjir di seluruh negara berkurangan

KOTA SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin menurun kepada 2,950 orang setakat 8.20 pagi hari ini berbanding malam tadi 3,051 yang berada di 21 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menerusi laman sesawang info bencana banjir JKM, Kota Setar tetap antara tertinggi iaitu 1,615 orang diikuti dengan Pendang (512), Pokok Sena (432), Kubang Pasu (360) dan 31 orang di PPS Baling.

Mangsa banjir di Perlis juga menurun kepada 242 mangsa daripada 75 keluarga di dua PPS iaitu di Kangar dan Arau.

Begitu juga dengan mangsa banjir di Perak yang menurun kepada 136 orang di dua PPS Kerian.

Sarawak pula kemaskini terakhir pada 29 September baru-baru ini merekodkan kekal dengan 105 orang di satu PPS Betong.

Manakala di Pahang dan Johor pula merokodkan hanya satu PPS di buka dengan masing-masing mencatatkan mangsa banjir bawah 100 orang iaitu 70 orang di PPS Cameron Highlands dan 17 orang di PPS Batu Pahat.

Anda Mungkin Berminat