Mangsa Banjir Sabah Cecah 5,141 Orang, Empat Daerah Terjejas


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 5,141 orang daripada 2,160 keluarga direkodkan setakat jam 8 pagi ini, berbanding 4,761 orang daripada 1,828 keluarga semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, semua mangsa dari empat daerah terjejas iaitu Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Tawau kini ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Tawau diisytiharkan sebagai kawasan banjir pada jam 11.30 malam tadi susulan hujan berterusan, sekali gus menjadikannya daerah terbaharu terjejas,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Pitas mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,120 orang, diikuti Kota Marudu (1,929), Paitan (847) dan Tawau (245).

Secara keseluruhan, banjir menjejaskan 80 kampung di keempat-empat daerah berkenaan, namun setakat ini tiada kematian dilaporkan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat