Mangsa nahas kayu balak patah tiga tulang rusuk

Seorang wanita mengalami kecederan tulang rusuk dan dilaporkan satu kayu balak tertusuk di hatinya dalam satu kejadian balak jatuh dari lori yang berlaku di Gua Musang, pada Selasa.

Video yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di laman X itu, memaparkan wanita berkenaan sedang menaiki motosikal sambil menunggu lampu isyarat bertukar menjadi warna hijau sebelum kayu balak tersebut jatuh dan menghempap dirinya.

Menurut abang iparnya dengan nama @tkdnxvofficial di laman X, mangsa ketika ini sedang dirawat di Hospital Kota Bharu, Kelantan.

“Ketika ini, adik ipar saya dalam keadaan stabil dan pendarahan dalaman sudah berhenti.

“Doktor sedang memantau keadaannya sebelum melakukan pembedahan ke atas adik saya,” jelasnya menerusi satu hantaran menerusi laman X.

Tambahnya lagi, doktor turut melaporkan adik iparnya itu mengalami tiga tulang rusuk patah dan satu kayu balak tercucuk di hati.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, penyambung atau cakera putar (turntable) pada lori yang patah ketika melalui selekoh dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh dan tergolek sebelum menghempap seorang penunggang motosikal wanita.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat