MCMC NEXUS Raih Anugerah Digital Transformation Award 2025

PETALING JAYA: Aplikasi mudah alih Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC NEXUS) mencatat kejayaan manis apabila merangkul Digital Inclusion Award di Malaysia Digital Transformation Awards 2025.

Pengiktirafan itu disampaikan semasa acara Govinsinder Live MY.AI, sebagai penghargaan terhadap usaha MCMC NEXUS memperkasa rakyat Malaysia untuk mengakses kandungan Internet yang telus, berkualiti dan inklusif.

Untuk info, MCMC NEXUS merupakan aplikasi mesra pengguna yang membolehkan rakyat menyemak kualiti perkhidmatan internet mereka.

Ia menyediakan visual jelas berasaskan data khalayak ramai bagi membantu pengguna memahami pengalaman kesalinghubungan dengan lebih baik.

Selain itu, data yang dikumpulkan menerusi aplikasi tersebut turut membolehkan MCMC dan penyedia perkhidmatan mengenal pasti kawasan yang memerlukan penambahbaikan, sekali gus menyokong peningkatan yang lebih disasarkan terhadap kesalinghubungan digital di seluruh negara.

“Pengguna boleh menguji pengalaman mereka di rangkaian 4G, 5G dan Wi-Fi menggunakan aplikasi mudah alih tersebut, yang mengukur metrik utama seperti kelajuan muat turun dan muat naik, ping dan jitter.

“Keputusan ujian yang berada di bawah Mandatory Standard for the Quality of Service (MSQoS) akan dihantar kepada MCMC dan penyedia perkhidmatan masing-masing,” katanya.

Pengiktirafan ini sekali gus memastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira lokasi, pendapatan atau latar belakang, mempunyai akses saksama kepada perkhidmatan atas talian.

Anda Mungkin Berminat