MCMC tahan individu sebar berita palsu Malaysia bekal api ke Filipina

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina ditahan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menerusi kenyataan media pada Sabtu, MCMC telah membuka kertas siasatan individu tersebut dan telah dipanggil untuk memberi keterangan pada hari Jumaat.

Jelas MCMC, pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau Kerajaan.

“MCMC turut menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kemudian katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana- mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” tegasnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat