Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru kepada seluruh umat Islam untuk menunaikan Solat Hajat demi keselamatan pasukan sukarelawan yang menyertai misi kemanusian Sumud Flotilla.
Menerusi kenyataan media hari ini, perkembangan terkini menunjukkan kapal-kapal yang menyertai misi itu kini berdepan pelbagai ancaman serta gangguan termasuk letupan, kehadiran dron tidak dikenali serta gangguan komunikasi ketika menghampiri zon kritikal.
“Bagi menyatakan solidariti serta memohon pertolongan daripada Allah SWT agar keselamatan para sukarelawan dan kelancaran misi ini sentiasa dipelihara.
“Saya dengan ini mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyelaras pelaksanaan Solat Hajat selepas Solat Jumaat pada 26 September 2025 di semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyelaras pelaksanaan Solat Hajat selepas Solat Jumaat pada 26 September ini di semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan.
“Marilah kita bersama-sama menadahkan tangan ke hadrat Allah SWT agar misi kemanusiaan ini dipermudahkan, para sukarelawan diberikan perlindungan dan kekuatan, serta doa kita menjadi sumber kekuatan kepada rakyat Palestin yang terus berjuang mempertahankan tanah air mereka,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan sejagat dan berharap doa rakyat Malaysia menjadi asbab kejayaan misi berkenaan.
Baca juga:








