Menteri Agama Tinjau Persiapan Khemah Jemaah Di Arafah, Mina

MEKAH: Persiapan tapak Masyair di Arafah dan Mina yang bakal menempatkan khemah jemaah haji Malaysia kini berada di peringkat akhir dengan segala perancangan berjalan rapi mengikut jadual.

Seiring dengan peredaran masa, usaha menambah baik kemudahan dan fasiliti terus dipergiatkan pada tahun ini agar perjalanan teragung para dhuyufurrahman menjadi lebih selesa dan teratur.

Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bersama barisan Pengurusan Tabung Haji (TH) berkesempatan meninjau perkembangan persiapan tapak Masyair menjelang kemuncak ibadah haji yang bakal bermula dua hari lagi.

“Bersama-sama kita berdoa agar urusan semasa kemuncak haji kali ini berlangsung dengan lancar dan sempurna,” menurut TH.

Anda Mungkin Berminat