PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menegaskan mesej berkaitan permohonan Bantuan Ramadan dan tuntutan Kredit E-Tunai yang sedang tular di media sosial adalah palsu.
Dalam satu kenyataan, MoF memaklumkan tiada sebarang permohonan atau tawaran bantuan seperti yang didakwa dalam mesej berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan dan tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber yang tidak sah,” menurut kenyataan itu pada Ahad.
MoF turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi kementerian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Maklumat sahih hanya boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi MoF di www.mof.gov.my serta platform media sosial rasmi kementerian berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai digesa menghentikan penyebaran mesej palsu dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum berkongsi sebarang maklumat.
Baru-baru ini tular di aplikasi Whatsapp mengenai bantuan tunai RM500 secara one-off daripada kerajaan sempena bulan Ramadan.
Baca juga:







