Kerajaan salur bantuan awal RM10,000 kepada waris anggota TLDM terkorban dalam nahas helikopter

Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 pada setiap waris pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam insiden dua buah helikopter terhempas pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pemberian bantuan awal tersebut bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh waris mereka yang terkorban.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) turut menubuhkan tabung khas bagi memudahkan orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menanggung segala kos perjalanan terakhir buat semua mangsa termasuk penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah.

“Lembaga Siasatan telah ditubuhkan untuk memberi laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.

“Mesyuarat Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada kesemua waris anggota yang terkorban dan menzahirkan rasa simpati atas kehilangan 10 wira-wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyalurkan beberapa insentif kepada anak-anak mangsa nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan (TLDM di Lumut pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu diputuskan bagi meringankan beban keluarga mangsa nahas yang terlibat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat