PETALING JAYA: Perkhidmatan tren di Laluan Putrajaya MRT kembali beroperasi seperti biasa mulai pagi ini selepas kerja baik pulih bekalan kuasa yang terganggu sebelum ini selesai sepenuhnya.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan susulan pemulihan itu, perkhidmatan tren alternatif serta bas perantara ulang-alik percuma yang sebelum ini disediakan bagi membantu penumpang sepanjang tempoh gangguan turut ditamatkan.
“Kerja-kerja baik pulih bekalan kuasa di Laluan Putrajaya telah selesai sepenuhnya dan perkhidmatan tren kini kembali beroperasi seperti biasa bermula pagi ini,” menurut kenyataan itu pada Isnin.
Gangguan perkhidmatan yang dikesan pada 3 Mac lalu berpunca daripada kejadian kecurian kabel bekalan kuasa berhampiran Stesen Damansara Damai yang menjejaskan ramai pengguna laluan berkenaan.
Sepanjang tempoh gangguan itu, Rapid Rail menempatkan hampir 180 kakitangan tambahan di stesen terlibat selain menyediakan 20 bas perantara percuma bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Menurut kenyataan itu lagi, laporan polis sudah dibuat di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihaknya kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan serta mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab
Baca juga:








