Nahas 2 kereta di Jalan Kuhara, ragut satu nyawa

Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas dua buah kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Taman Gaya, Jalan Kuhara, Tawau, Sabah pada Jumaat.

Komander Operasi, PBK II Mohd Yahya Abd Fattah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 2.01 pagi.

Menurutnya, mangsa iaitu pemandu kenderaan Toyota Vios telah tersepit dan mengalami kecederaan.

“Mangsa telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, seramai sembilan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat