Oleh: Tyah Helmi
RATA-rata peminat Harimau Malaya berbelah bahagi mengenai cadangan bekas jurulatih Harimau Malaya, Yusri Che Lah agar Malaysia melaksanakan agenda ‘naturalisasi John Terry’ demi kelayakan ke Piala Dunia.
Menerusi ruangan komen di laman Facebook, ada pengguna media sosial mempertikaikan pendekatan ‘Naturalisasikan pemain asing atau import’ yang dilihat boleh menjejaskan pembangunan pemain tempatan.
Seorang pengguna akaun Facebook Derx Max berkata, tindakan naturalisasi atau warisan itu menyebabkan pemain tempatan semakin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama berbanding ketika era Harimau Malaya (HM) tidak mempunyai pemain import.
“Titik tolak dia, pemain kena ada minit permainan. Lokal susah dah nak dapat tempat dalam first eleven… zaman HM menang Piala AFF tu sebab tiada pemain import dalam liga. Sekarang FAM nak ‘revolusi’ tapi hakikatnya revokasi bakat pemain tempatan,” katanya.
Manakala, buat pengguna Facebook dikenali Kampong Mat pula mengingatkan pemain tempatan perlu diberi latihan yang intensif seperti tahap pemain Warisan yang lain.
“Yang sentap dengan projek warisan ni pasaipa… itu short term solution. Player local perlu improve dan berlatih lebih agresif untuk menyamai level player warisan,” katanya.
Bagaimanapun sebahagian pula menegaskan keperluan pembangunan pemain daripada akar umbi.
Pemegang akaun Facebook, Syah Fazree, berpendapat bahawa tidak salah untuk mencuba pendekatan menggunakan pemain warisan dan naturalisasi.
Namun, pada masa yang sama, dia menegaskan bahawa Malaysia perlu membangunkan pemain tempatan dalam setiap posisi.
Menurutnya, pemain bola negara Arif Aiman telah membuktikan bahawa pemain tempatan mampu beraksi setaraf dengan pemain luar.
Manakala, pemegang akaun yang lain iaitu Anderson pula berpendapat bahawa pemain tempatan perlu bersaing dengan pemain naturalisasi supaya mereka dapat meningkatkan prestasi.
“Biar player local bersaing dengan player naturalisasi, baru mereka boleh improve. Kalau nak bersaing dengan orang local je, last-last jadi jaguh kampung macam sekarang ni.” ujarnya.
Sebelum itu, media melaporkan, Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi peringkat Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun negara tanpa kemenangan.
Baca juga: