Netizen Indonesia Teruja Keberanian PMX Dalam Isu Palestin

PETALING JAYA: Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali jadi sorotan netizen Indonesia selepas beliau bersuara lantang mengenai penahanan ratusan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) oleh tentera Israel.

Ramai pengguna media sosial di negara jiran itu memuji sikap Anwar yang dianggap berani dan konsisten membela isu kemanusiaan.

“Bener-bener keren sih Malaysia,” tulis seorang pengguna Instagram, hecyara18.

“Keren bapak Anwar Ibrahim, Malaysia bela rakyatnya,” tulis seorang lagi pengguna Instagram yang dikenali sebagai mazzpujiz714.

“Ya Allah keren banget pak Perdana Menteri Malaysia.” ujar pengguna Instagram dny_0808

Tidak kurang juga yang berjenaka, sambil memberi pujian buat Anwar.

“Hai Malay, boleh gak claim perdana menterimu? Keren banget.” ujar pengguna Instagram yang dikenali sebagai anitapujis

Puji-pujian itu hadir selepas Anwar mengesahkan beliau sudah menghubungi beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Mesir Abdul Fatah as-Sisi dan Perdana Menteri Qatar bagi mendesak pembebasan segera aktivis flotilla yang ditahan.

Anwar berkata, antara yang ditahan ialah 23 rakyat Malaysia bersama ratusan relawan antarabangsa yang berlayar membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan untuk Gaza.

“Ini misi kemanusiaan, bukan provokasi. Israel harus segera hentikan intimidasi terhadap aktivis dan bebaskan mereka tanpa syarat,” katanya dalam satu kenyataan.

Gerakan flotilla yang membawa lebih 500 aktivis dari 44 negara itu mula dipintas kapal mereka secara paksa oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat