Operasi tegas DBKL, 9 penjaja asing tanpa lesen disita

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di tiga lokasi panas iaitu di Jalan Silang, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Khoo Teok Ee pada Isnin.

Menurut DBKL, hasil operasi mendapati sembilan aktiviti perniagaan yang dikendalikan secara haram oleh warga asing tanpa lesen, menjual pelbagai makanan dan minuman.

“Tindakan penguatkuasaan sita dan pindah barangan serta-merta dilaksanakan menerusi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan perniagaan dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan lanjut,” katanya.

Tindakan DBKL itu adalah memastikan undang-undang penjajaan dipatuhi serta menjamin persekitaran perniagaan yang adil untuk semua pihak.

Anda Mungkin Berminat