PAS bisu selepas kalah teruk PRK Mahkota – Puad

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa PAS mula membisu sebaik dikalahkan oleh Perikatan Nasional (PN) sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) di Mahkota, minggu lalu.

Katanya, pihak penerangan PAS mahu membuat pendedahan ‘post morten’ dan menganggap itu sebagai kekalahan dari pihak BERSATU sudah tidak relevan.

“Ketua penerangan PAS tidak perlu mendedahkan ‘post mortem’, nak dedah apa.

“Memang tidak ada sebarang ‘post mortem’ yang dibuat oleh pihak PAS malah menganggap itu kekalahan BERSATU.

“Jadi, PAS lepas tangan sahaja, takut dianggap menyibuk,” katanya menerusi akaunnya di Facebook pada Sabtu.

Selain itu, ujarnya kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil yang menganggap DAP sebagai punca kekalahan ketika itu juga tidak relevan

“Kini, hujah Isham Jalil itu sememangnya tidak tepat dan ke laut.

“Nenggiri dan Mahkota sudah membuktikan bahawa DAP itu hanya sebagai alasan semata-mata,” jelasnya.

Anda Mungkin Berminat