PETALING JAYA: Pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-9 paling berkuasa di dunia pada tahun 2025, menurut Senarai Kedudukan Kuasa Pasport Global 2025 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Kedudukan itu mencatatkan kenaikan satu anak tangga berbanding tahun lalu, di mana Malaysia berada di tangga ke-10.
Dengan rekod baru ini, rakyat Malaysia bebas tanpa visa ke 116 buah negara dan menjadikan pasport Malaysia sebagai salah satu yang paling berkuasa di dunia.
Pada tahun 2024, Malaysia berada di kedudukan ke-10 dalam senarai yang sama, menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam kuasa pasport negara.