PDRM siasat dakwaan cubaan jatuhkan Kerajaan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, yang didakwa melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan Malaysia iaitu kesalahan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Sesiapa yang disabitkan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Tindakan itu penting bagi memastikan prinsip keadilan jenayah di negara ini terus dihormati,” katanya.

PDRM menegaskan komitmen untuk menjalankan siasatan secara profesional dan telus selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat