‘Pemegang Lesen Tamat Tempoh Tak Lebih 3 Tahun Masih Layak Nikmati Subsidi BUDI95’

KUALA LUMPUR: Pemegang lesen memandu yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun masih layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah inisiatif Bantuan Subsidi Madani (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah pemegang lesen dalam kategori itu ialah seramai 925,421 orang, selain kira-kira 15 juta lesen memandu masih aktif yang turut layak menerima subsidi berkenaan.

“Golongan ini masih layak kerana tempoh tamat lesen mereka belum melebihi tiga tahun,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Bagaimanapun, Loke menjelaskan terdapat 2.4 juta pemegang lesen memandu yang sudah tamat tempoh lebih tiga tahun, sekali gus tidak lagi layak menerima manfaat subsidi berkenaan.

“Syarat ini penting supaya hanya pemegang lesen yang sah atau masih dalam tempoh munasabah sahaja mendapat subsidi,” katanya.

Beliau menegaskan langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan memastikan pemberian subsidi lebih tersasar kepada mereka yang benar-benar berkelayakan, selain menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen masing-masing.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat